Monday, 15 May 2017

Politeknik tau 😂

Assalamualaikum everybody 💞 dengar cerita harini result UPU untuk SPM2016 dah keluar ye . Oh , goodluck ya sayang sayang akak dekat tempat baru nanti . Kepada yang tidak dapat apa yang diinginkan tu jangan bersedih dengan ketentuan yang Allah dah aturkan pada awak semua ☺ Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik baik perancangan . Rezeki Allah itu luas , sama ada korang berjaya atau tidak itu semua apa yang telah diaturkan ,  insha Allah rezeki awak semua masih ada cuma bukan sekarang . Kepada yang dapat tu alhamdulillah . So yang dapat politeknik , ada tak yang dapat Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dekat Jitra Kedah or dikenali sebagai POLIMAS ? Kalau ada , nanti boleh lah jumpa hakak ni . Hehehehe . Masuk politeknik ni best tau , siapa yang berani cakap masuk politeknik ni tak best ? Mari sini jumpa hakak , hakak nak basuh awak puas puas 😈 . Berani awak cakap politeknik ni tak best . Actually , politeknik ni sama ja macam universiti yang lain , yang membezakan cuma lah panggilan sahaja . Dekat politeknik ni still asa diploma macam universiti and still ada degree , so sama ja . Cuma membezakan politeknik ada 3 jenis , politeknik premier , politeknik konvesyen and politeknik metro . Then , politeknik premier cuma ada 3 dekat Malaysia ni . Yang sis tahu lah  perbezaan 3 jenis politeknik ni adalah kalau politeknik premier dia ada menawarkan sampai ijazah , kalau politeknik konvosenyen dia hanya menawarkan sampai peringkat diploma ja but korang still boleh sambung ke peringkat atas cuma bukan dekat politeknik konvosenyen la . Kalau metro pula , dia macam politeknik biasa cuma kos yang ditawarkan kos yang tak macam politeknik yang lain . Kalau nak tahu politeknik ni ada pelajaran secara teori dan pratikal . Teori tu macam apa yang korang belajar dekat dalam kelas , dengar lecturer bercakap , terangkan . Kalau pratikal pula , korang mempraktikkan apa yang korang dah belajar , like kalau dila , dila course Diploma Teknologi Digital , course dila msa sem 1 kami bermain dengan Coding , then kami aplikasikan dalam komputer . Coding tu macam background sesuatu aplikasi lah , like facebook or whatever la yang sama dengannya . So tak payah sedih ya kalau dapat politeknik . Politeknik ni serius best 🖒 . Yang tak dapat langsung UPU tu jangan lah bersedih duka , sebab awak semua masih boleh buat rayuan . Insha Allah nanti dapat la tu . Kalau duduk form 6 pun okay what , cuma korang kena betul betul struggle lah sebab form 6 bukan tempat untuk rilex but form 6 antara jalan pintas ke degree dengan cepat selain pilih jalan ke matrik . Kalau parent dila lebih prefer dila untuk ambil diploma sebab berperingkat senang . Lagipun dila tak berapa yakin dengan diri dila untuk teruskan Form 6 . Im not clever like others people . Okay , so Selamat Maju jaya ya adik adik SPM2016 🌸 .

No comments:

Post a Comment